Bagi siri permainan Story of the Season, sistem perkahwinan sudah menjadi kebiasaan dan antara sistem yang penting untuk permainan ini. Walau bagaimanapun, Bandai Namco mengumumkan yang Doraemon: Nobita’s Story of the Season tidak akan menyertakan sistem tersebut.

Bagi kami, sebab keputusan tersebut dibuat sudah agak jelas, namun, menurut mereka ia adalah agar kerana permainan tersebut adalah mengenai gaya hidup dan dengan menyertakan hubungan cinta serta perkahwinan akan membuatkan permainan tersebut kurang menyeronokkan.

Doraemon: Nobita’s Story Of Season akan dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di Jepun untuk Switch dan buat masa ini tiada pengesahan mengenai pengeluaran secara global.

Sohor Kini