Jika sebelum ini kami melaporkan yang 16 pelajar di sebuah negeri di India iaitu Gujarat ditahan kerana bermain PUBG. Negeri tersebut mengharamkan PUBG kerana ia menyebabkan kanak-kanak dan remaja bersifat agresif.
Reuters hari ini melaporkan yang Nepal pula mengharamkan permainan tersebut, tidak seperti di India yang satu negeri sahaja, pengharaman Nepal adalah untuk seluruh negara.
Menurut timbalan pengarah Nepal Telecomunication Authority (NTA) Sandip Adhikari , pengharaman tersebut di buat kerana permainan PUBG boleh membuatkan kanak-kanak dan remaja ketagih.
Pihak kerajaan Nepal meminta penyedia internet di negara tersebut untuk menghalang daripada permainan tersebut dimainkan. Pada pendapat kami, perkara ini akan lebih mencetuskan masalah dan ia bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk mengawal ketagihan permainan video.