Musim pertama Titans memfokuskan kepada watak Dick Grayson yang meninggalkan Gotham, menurut beliau, ia adalah kerana ingin menjauhkan diri daripada Batman.
Walaupun nama Batman sering menjadi topik perbualan akan tetapi sepanjang musim pertama, terutama episod terakhir, Batman hanya diperlihatkan sekadar bayangan sahaja.
Musim kedua kelak ia akan berubah apabila penerbit siri tersebut mengumumkan yang watak Batman di dalam siri tersebut sudah mempunyai pelakon iaitu Iain Glen yang mungkin lebih dikenali sebagai Jorah di dalam Game of Thrones.
Iain Glen akan memegang watak Batman yang sudah lebih sedekad menjadi Batman. Di dalam penceritaan musim kedua ini, ia akan memfokuskan Batman ingin memperbaiki perhubungan beliau dengan Dick Grayson.
Buat masa ini tiada pengesahan jika beliau akan muncul lebih sebagai Batman ataupun Bruce Wayne, musim ke-2 Titans juga masih tidak disahkan bila akan tiba. Anda boleh menonton musim pertama di Netflix.