Skip to main content

Minggu lepas kami melaporkan yang Octopath Traveler iaitu permainan eksklusif untuk Switch tersenarai di Korean Game Rating Board. Menariknya senarai tersebut adalah untuk versi PC.

Hari ini, Square Enix mengumumkannya secara rasmi melalui penulisan di blog rasmi mereka (melalui Gematsu). Walau bagaimanapun, penulisan tersebut dibuang tidak lama kemudian, kemungkinan besar ia dikeluarkan lebih awal berbanding yang dirancangkan.

Melalui penulisan tersebut, Octopath Traveler akan dikeluarkan untuk PC pada 7 Jun 2019 melalui Steam dan Square Enix Store.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Octopath Traveler โ€“ Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar[/info]

Leave a Reply