Bandai Namco hari ini mengumumumkan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Jump Force, iaitu All Might dari siri anime My Hero Academia.
Sebelum ini, Bandai Namco berkongsi yang mana Seto Kaiba dari siri Yu-Gi-Oh juga merupakan watak DLC seterusnya bersama-sama dengan perancangan kemaskini buat permainan tersebut. Ini sekaligus meletakkan All Might dan Seto Kaiba adalah 2 daripada 3 watak yang bakal tiba melalui DLC berbayar menjelang Mei ini.
All Might merupakan watak adiwira yang terdapat di dalam siri My Hero Academia yang mana beliau mempunyai kuasa kekuatan yang sangat kuat. Dengan pengumuman ini, setakat ini Jump Force mempunyai dua watak daripada siri My Hero Academia selepas Deku.
Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan Februari lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami sebelum ini juga telah mengulasnya di mana anda boleh membacanya dibawah.