Skip to main content

Square-Enix hari ini mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dissidia: Final Fantasy NT iaitu Zenos daripada siri Final Fantasy XIV akhir dilancarkan secara rasmi buat permainan tersebut.

Zenos Yae Galvus merupakawan watak penjahat di dalam permainan Final Fantasy XIV di mana beliau adalah jeneral Garlean Empire dan Legatus Of The XIIth, iaitu pasukan pentempuran elite yang mempunyai senjata berkuasa The Storm, The Swell dan Ame-No-Habakiri.

Melaluinya, Zenos berupaya untuk melakukan 3 jenis kemahiran berdasarkan senjata tersebut yang mana pastu akan memberi satu serangan yang sangat kuat buat musuh.

Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas. Menariknya, Mac lepas, permainan ini juga dilancarkan di PC bersama-sama dengan edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu.

Leave a Reply