Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Sekiro: Shadows Die Twice Mencapai 2 Juta Salinan Dalam Masa 10 Hari Sejak Pelancaran
PC

Jualan Sekiro: Shadows Die Twice Mencapai 2 Juta Salinan Dalam Masa 10 Hari Sejak Pelancaran

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Activision hari ini mengumumkan bahawa permainan Sekiro: Shadows Die Twice yang baru sahaja dilancarkan Mac lepas telah terjual melebihi 2 juta salinan dengan hanya tempoh masa 10 hari sahaja sejak ianya dilancarkan.

Permainan tersebut dilancarkan pada 22 Mac lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC yang mana ia adalah permainan bergenre aksi oleh pembangun terkenal, From Software dengan permainan yang sukar seperti Dark Souls dan juga Bloodborne.

Menurut Michelle Fonseca iaitu naib-presiden untuk pengurusan produk dari Activision, beliau sangat berbangga dengan berkerjasama bersama From Software untuk membawa permainan bergenre ini buat seluruh pemain di dunia. Mereka juga sangat berbangga melihat sokongan pemain di mana mereka terus bermain untuk menghadapi cabaran permainan tersebut walaupun ia satu permainan yang sukar.

Ketika pelancarannya Mac lepas, Sekiro: Shadows Die Twice juga dilaporkan sebagai permainan paling banyak ditonton di Twitch dengan lebih dari 631 juta minit.

Semestinya ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan kerana permainan bergenre ini oleh From Software sering sekali mendapat sambutan yang baik dan dengan pelancaran Sekiro, permainan ini sememangnya mempunyai satu bentuk permainna yang baik sekali. Ketika kami mengulas permainan ini, kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukainya di mana anda boleh membacanya dengan lebih lanjut dibawah.


TIPS & ULASAN