Lanjutan daripada tertirisnya permainan Yakuza Kiwami 2 di PC sebelum ini, SEGA akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan tiba di PC melalui Steam pada 9 Mei 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Yakuza Kiwami 2 merupakan permainan olahan semula daripada permainan Yakuza 2 yang dilancarkan di Playstation 2 beberapa tahun lepas.

Kini dengan menggunakan enjin permainan baharu, ianya akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual dan versi PC ini semestinya akan mempunyai sokongan resolusi 4k dan juga kadar bingkai sesaat yang tidak dikunci.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya kini sudah boleh mula dipra-tempah dengan harga RM125 di laman rasmi Steam. Bersempena dengan itu, buat mereka yang membuat pra-tempahan, SEGA juga akan menyertakan DLC pernambahan Clan Creator secara bersama.

Yakuza Kiwami 2 sudah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas dan versi PC bakal tiba menjelang Mei ini. SEGA juga sebelum ini telah melancarkan Yakuza 0 dan Yakuza Kiwami di PC di mana anda boleh mendapatkannya sekarang melalui Steam.

Sohor Kini