Informasi Permainan Video Terkini
God Eater 3 Versi Switch Diumumkan – Bakal Dilancarkan Julai Ini

God Eater 3 Versi Switch Diumumkan – Bakal Dilancarkan Julai Ini

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

God Eater 3 merupakan permainan God Eater terkini yang baru sahaja dilancarkan Februari lepas di Playstation 4 dan juga PC. Permainan tersebut sememangnya mendapat sambutan ramai dan diperkatakan adalah permainan seakan Monster Hunter dalam bentuk Anime.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut di konsol Switch yang mana ia bakal tiba Julai ini.

Melalui video acah pengumuman tersebut, God Eater 3 versi Switch akan dilancarkan pada 12 Julai ini secara global. Bersempena dengan itu, mereka juga mengumumkan bahawa buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut di Switch, mereka akan menyertakan kostum dan rambut khas berdasarkan watak Yuri dan Estelle daripada permainan Tales Of Vesperia.

Tambahan itu, memandangkan Switch adalah konsol hibrid yang boleh dibawa ke mana sahaja secara mudah-alih, pemain juga berupaya untuk bermain mod multi-pemain permainan ini secara terus dengan sokongan sehingga 4 Switch serentak. Selain mod multi-pemain atas-talian juga akan menyokong sehingga 8 pemain serentak.

Sememangnya ini satu berita yang baik terutamanya buat mereka yang meminati permainan bergenre ini. Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut berkenaan permainan tersebut, kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN