Skip to main content

Filem animasi Pokémon yang ditayangkan pada tahun 1998 adalah filem Mewtwo Strikes Back Evolution. Filem animasi ini juga merupakan filem animasi terbaik daripada Pokémon. Kita sudah tahu yang filem ini akan diolah semula dalam bentuk animasi 3D yang mana, ia adalah filem yang sama – cuma bergrafik tinggi.

https://www.youtube.com/watch?v=jwJ8cKynuOQ

Baru-baru ini, video acah terbaru telah diterbitkan. Kali ini, ia telah mempertontonkan dengan lebih jelas – rekaan setiap watak dalam bentuk 3D CGI. Dengan video acah seperti ini, peminat setia pasti tidak sabar untuk ia hadir ke layar perak. Filem ini juga pasti akan mengimbau semula kenangan lama.

Bagi yang ingin mengimbau kenangan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu – filem ini pasti akan buat anda tersenyum kerana dapat saksikan semula dalam panggung untuk pengalaman lebih imersif. Ia akan ditayangkan di Jepun pada 12 Julai ini, tiada informasi jika filem ini akan ditayangkan di Malaysia.

Leave a Reply