Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini 1.30 Untuk God Eater 3 Menyertakan Penceritaan, Watak dan Kostum Baharu
PC

Kemaskini 1.30 Untuk God Eater 3 Menyertakan Penceritaan, Watak dan Kostum Baharu

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Kemaskini baharu untuk God Eater 3 iaitu kemaskini 1.30 akan menyertakan pelbagai penambahan untuk permainan tersebut. Antara perkara yang disertakan adalah penceritaan, watak baharu yang boleh digunakan, Aragami dan juga kostum baharu.

Penceritaan baharu yang akan disertakan berlaku selepas pengakhiran permainan tersebut ia memfokuskan pembangunan “Adaptive Shield. Selain itu watak Keith dan Neil kini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pasukan yang akan bertempur.

Aragami baharu yang disertakan adalah Ameno Havakiri dan Ash Anubis. Kedua-dua Aragami tersebut mempunyai kuasa dan set serangan yang berbeza dengan Havkiri dan Anubis terdapat di dalam permainan ini.

Setakat ini tiada pengesahan mengenai tarikh kemaskini ini akan dikeluarkan. God Eater 3 sudah dikeluarkan pada 8 Februari 2018 untuk Playstation 4 dan PC.

Bacaan Lanjut: Ulasan God Eater 3 – Monster Hunter Ringkas Tetapi Dengan Penceritaan Yang Baik


TIPS & ULASAN