Skip to main content

Fortnite minggu ini mula menerima kemaskini 8.30 yang selain membuang pelbagai pepijat ia juga menyertakan pelbagai barangan dan mod permainan yang baharu.

Antara perkara yang baharu disertakan adalah Reboot Van. Ia adalah van yang terdapat di merata tempat, menggunakannya pemain boleh menghidupkan kembali rakan yang sudah mati.

Apabila rakan anda mati di dalam permainan tersebut, kad Reboot akan dikeluarkan. Anda ataupun pasukan anda yang lain perlu mengambil kad tersebut dan membawanya di Reboot Van.

Ketika pemain cuba menghidupkan kembali rakan, van tersebut akan berbunyi yang akan didengari oleh pihak lawan yang berhampiran. Selepas Reboot Van digunakan, ia tidak lagi boleh digunakan untuk selama 2 minit.

Bagi anda yang pernah mencuba Apex Legends, fungsi yang disertakan oleh Fortnite ini sudah semestinya mengambil inspirasi daripada permainan tersebut yang mempunyai fungsi yang sama.

Adakah Reboot Van ini menjadikan Fortnite lebih baik atau ia mengubah bentuk permainan yang membuatkan kurang menyeronokkan?

Leave a Reply