Skip to main content

Gameloft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permua Asphalt 9: Legends dengan kemaskini Caribbean di mana ia menyertakan sebilangan kandungan baharu.

Antara kandungan baharu yang disertakan adalah 10 litar bertemakan kepulauan karibia khas di mana pemain berupaya untuk berlumba melalui mod Career. Selain itu, dua kenderaan baharu juga akan disertakan iaitu Mercedes-Benz SLR McLaren bersama-sama dengan Lamborghini Aventador J.

Selain itu, Gameloft juga mengumumkan hub multi-pemain yang dinaik-taraf bersamsa-sama dengan acara khas selama 25 hari di mana pemain berpeluang untuk menyah-kunci kenderaan Terzo Millennio.

Asphalt 9: Legends telah pun dilancarkan di iOS dan Androdi yang mana anda boleh muat-turunnya sekarang secara percuma.

[download] Muat-turun Asphalt 9 : Legends di Android [/download]

[download] Muat-turun Asphalt 9 : Legends di iOS [/download]

Leave a Reply