Permua Very Little Nightmares Diumumkan Buat Peranti iOS

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Little Nightmares ke versi permua, iaitu Very Little Nightmare. Permua tersebut dibangunkan oleh Alike Studio dan buat masa ini ianya diumumkan buat peranti iOS sahaja.

Buat masa ini, bentuk permainannya masih belum dikongsikan. Namun, berdasarkan kenyataan Bandai Namco, permua ini mungkina akan mempunyai konsep tekaria yang seakan permainan asalnya.

Menariknya juga, Bandai Namco juga menyatakan bahawa permua ini boleh dihubungkan ke permainan asalnya di konsol dan permain akan mengetahui penceritaan di sebalik watak Six.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaan permua setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini