Informasi Permainan Video Terkini
Call of Cthulhu Dan Vampyr Akan Tiba Untuk Switch Pada Tahun Ini

Call of Cthulhu Dan Vampyr Akan Tiba Untuk Switch Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Focus Home Interactive hari ini mengumumkan yang mereka bakal membawa permainan Call of Cthulhu dan Vampyr ke konsol Switch dan dijangkakan keluar pada tahun ini.

Call of Cthulhu merupakan permainan RGP seram yang dibangunkan oleh
Cyanide yang mengambil inspirasi daripada cerita pendek oleh H.P. Lovecraft dan juga permainan RPG yang mempunyai tajuk sama dikeluarkan pada tahun 1981. Permainan ini sudah dikeluarkan pada tahun lepas untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Focus Home sebelum ini sudah mengumumkan yang Vampyr akan dikeluarkan untuk Switch, hari ini mereka mengesahkan ia akan turut dikeluarkan pada tahun ini. Hari ini, Dontnod iaitu pembangun permainan tersebut turut mengumumkan yang permainan tersebut sudah terjual sebanyak 1 juta unit.


TIPS & ULASAN