Skip to main content

Dontnod hari ini mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka Vampyr telah terjual sebanyak 1 juta unit. Permainan tersebut dikeluarkan pada tahun lepas, dan sebelum ini kami melaporkan yang ia telah terjual sebanyak 450 ribu unit selepas sebulan dikeluarkan.

Selain itu, di pengumuman yang sama, mereka juga mengatakan akan meneruskan kerjasama bersama penerbit permainan tersebut iaitu Focus Home Interacitve, namun buat masa ini tiada pengesahan ia merujuk kepada permainan apa. Kemungkinan sekuel kepada Vampyr ataupun kandungan penambahan untuk permainan tersebut.

Dontnod menggunakan pelbagai penerbit untuk permainan mereka, antaranya Life is Strange diterbitkan oleh Square Enix dan permainan akan datang mereka Twin Mirror akan diterbitkan oleh Bandai Namco.

Vampyr sudah dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply