Informasi Permainan Video Terkini
Shopee Kini Menaja Pasukan E-Sukan Mobile Legend Shopee Bosskurr

Shopee Kini Menaja Pasukan E-Sukan Mobile Legend Shopee Bosskurr

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Pada November tahun lepas, AirAsia telah melepaskan pasukan e-sukan tajaan mereka – Team Saiyan. Team Saiyan kemudiannya telah berubah menjadi Team Bosskurr dan adalah pasukan e-sukan buat permua Mobile Legends.

Kini, Shopee telah menaja pasukan Team Bosskurr dan secara tidak langsung ia menjadi pasukan Shopee Bosskurr. Dengan tajaan ini, kelak Shopee akan mengadakan pertandingan Mobile Legends untuk umum bersama-sama dengan Shopee Bosskurr. Selain itu, Shopee Bosskurr turut mempunyai kedai atas talian rasmi di Shopee yang menjual barangan eksklusif mereka. Buat masa ini, mereka menjual baju dan juga kabel pengecas yang sesuai untuk digunakan sambil main sambil cas.

Ahli-ahli Shopee Bosskurr terdiri daripada Faris Zakaria (Shopee Bosskurr Soloz), Abdul Wandi (Shopee Bosskurr Logan), Andi Alfian (Shopee Bosskurr Gripex), Herwin Baharuddin (Shopee Bosskurr Rush), Sopian Sultan (Shopee Bosskurr Penjahat) dan Ahmad Fuad Razali (Shopee Bosskurr Fredo). Pasukan ini diuruskan oleh Nureddy Nursal (Shopee Bosskurr Daddy) yang bertindak sebagai pengurus mereka.


TIPS & ULASAN