Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Pertama Untuk Filem Anime Ni No Kuni Dipertontonkan

Video Acah Pertama Untuk Filem Anime Ni No Kuni Dipertontonkan

Diterbitkan pada Apr 11, 2019 oleh .

Februari lepas Warner Bros dan Level-5 mengumumkan yang mereka akan menerbitkan filem anime berdasarkan siri permainan Ni No Kuni. Filem tersebut akan ditayangkan di Jepun pada tahun ini tetapi tiada pengesahan untuk pasaran global.

Hari ini mereka akhirnya berkongsi video acah pertama untuk filem tersebut. Ia memperlihatkan tiga sahabat yang berada di dunia sebenar, semasa hampir dilanggar oleh kereta, mereka memasuki dunia Nino. Perkara tersebut adalah seperti yang berlaku di dalam permainan Ni No Kuni 2 Revenant Kingdom.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, filem ini dibangunkan oleh OLM, inc yang berpengalaman membangunkan siri anime seperti Yo-Kai Watch dan Inazuma Eleven.

Filem ini dijangkakan akan ditayang di Jepun pada suku ketiga tahun ini.


TIPS & ULASAN