Skip to main content

Beberapa minggu lepas, Microsoft menyertakan 6 permainan baharu untuk langgan Xbox Game Pass yang mana ia terdiri daripada pelbagai permainan bertarafkan AAA seperti Deus Ex: Mankind Devided dan Vampyr.

Terkini, tampaknya Microsoft bakal membawa lebih banyak permainan bertarafkan AAA bagi bulan 8 ini di mana antara permainan yang tersenarai adalah Monster Hunter World.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang bakal tiba buat langganan Xbox Game Pass bersama-sama dengan tarikh penyertaannya.

  • The Golf Club (11 April)
  • Prey (11 April)
  • Monster Hunter World (18 April)
  • The Walking Dead: A New Frontier (18 April)
  • Life Is Strange 2: Episode 2 (24 April)
  • Resident Evil 5 (25 April)

Xbox Game Pass buat masa ini adalah perkhidmatan eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Leave a Reply