The Lion King sememangnya salah satu filem animasi yang sangat menggamit hati pada tahun 1994 lepas. Semestinya mereka yang membesar ketika era tersebut pasti akan merasa nostalgia sejak pengumuman Disney atas versi aksi-nyata buat filem ini.

Terkini, dengan pengumuman filem tersebut bakal dipertayangkan Julai ini, video acah pertama filem aksi nyata The Lion King akhirnya dipertontonkan.

Video acah tersebut memperlihatkan watak Simba yang mana masih kecil bersama Nala. Menariknya juga, watak antagonis utama filem tersebut, iaitu Scar juga berada di dalam video acah tersebut.

Tambahan itu, antara adegan yang pasti membuahkan rasa nostalgia buat peminat The Lion King semestinya saat di mana Simba membesar bersama Timon dan Pumba juga dipertayangkan di dalam video acah ini, bersama-sama dengan muzik ikonik mereka berdua, iaitu muzik The Lion Sleeps Tonight.

The Lion King akan ditayangkan secara global bermula 19 Julai 2019 ini. Sama-sama kita nantikan menjelang Julai ini.

Sohor Kini