Skip to main content
[Kemaskini 11 April]

Fungsi menukar nama pengguna PSN akhirnya tiba secara rasmi buat pemain Playstation 4. Seperti yang dilaporkan, penukaran pertama kali boleh dilakukan secara percuma, namun bagi penukaran seterusnya akan dikena cas sebanyak RM40. Bagi pelanggan Playstation Plus, ia berharga RM20. Berikut adalah cara-cara untuk menukarkannya.

Melalui Playstation 4

Untuk menukar nama pengguna PSN melalui konsol Playstation 4, langkah pertama adalah anda perlu ke tetapan konsol Playstation 4 anda, iaitu Setting > Account Management > Account Information > Profile > Online ID. Kemudian setelah anda memilih untuk menerima terma dan syarat, anda akan berupaya untuk menukarkannya.

Melalui Pelayar Web

Untuk menukar nama pengguna PSN melalui pelayar, anda perlu ke pautan ini dan log masuk akaun PSN anda. Kemudian anda boleh ke PSN Profile dan ke butang ‘Edit’ di senarai nama anda. Kemudian setelah anda memilih untuk menerima terma dan syarat, anda akan berupaya untuk menukarkannya.

[Artikel Asal]

Sony Interactive Entertainment minggu ini akhirnya mengumumkan fungsi yang dinanti-nantikan oleh pemain Playstation 4, iaitu fungsi untuk menukar nama pengguna PSN akhir tiba secara rasmi.

Menurut Sony, untuk menukar nama pengguna tersebut, pemain boleh lakukan di konsol Playstation 4 dan juga melalui pelayar web. Dari segi cara menukarnya, kami akan mengemaskini setelah ianya dilancarkan kelak. Namun, berdasarkan kenyataan Sony, ianya boleh dilakukan melalui tetapan pengguna sahaja.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, penukaran buat kali pertama tidak akan dicas, namun penukaran seterusnya akan dikenakan cas sebanyak
$10(~RM42) , namun bagi pelanggan Playstation Plus, anda akan dikenakan harga $5(~RM21) . Kami pasti akan mengemaskini harga rasmi tempatan setelah ianya dilancarkan kelak.

Selain itu, Sony juga menyatakan mungkin akan terdapat beberapa permainan yang tidak menyokong fungsi ini akibat penukaran nama pengguna PSN tersebut akan memberi kesan terhadap kandungan permainan secara atas-talian. Walaupun begitu, Sony menyertakan senarai permainan yang menyokong fungsi ini di mana anda boleh membacanya di sini. Kebanyakkan permainan utama atas-talian seperti Fortnite dan Overwatch tidak bermasalah dan terdapat di dalam senarai tersebut.

Dari segi had penukaran, Sony menyatakan pengguna tidak mempunyai sebarang had untuk menukar nama pengguna dan pemain juga berupaya untuk menggunakan nama pengguna yang pemain gunakan sebelum ini dan ia tidak akan boleh digunakan oleh orang lain.

Sememangnya ini adalah satu fungsi yang sangat dinantikan oleh pemain, terutamanya mereka yang mempunyai nama pengguna yang pelik dan tidak ingin menghasilkan akaun baharu atas sebab nilai trofi yang sudah diperoleh ini. Sudah semestinya kami di Aksiz akan mengemaskini cara-cara menukarnya setelah fungsi tersebut dilancarkan secara rasmi.

Leave a Reply