Skip to main content

Sea of Thieves merupakan permainan aksi pengembaraan dalam talian berdasarkan lanun. Ia dibangunkan oleh Rare dan diterbitkan oleh Microsoft Studio untuk Xbox One dan PC. Dikeluarkan pada Mac 2018, baru-baru ini permainan tersebut menyambung ulang tahun pertama.

Bersempena dengannya Rare dan Microsoft mengumumkan kemaskini ulang tahun buat permainan tersebut yang akan menambah pelbagai kandungan baharu memberikan pemain lebih banyak mod yang berbeza untuk bermain. Antara penambahan yang disertakan adalah;

Tall Tales

Mod permainan utama untuk Sea of Thives adalah mod Adventure, melalui kemaskini ini, mod tersebut juga akan disertakan dengan mod cerita. Mod tersebut akan menyertakan jalan cerita untuk pemain alami, termasuk juga adegan dan watak NPC yang menurut Rare mempunyai lakonan suara yang profesional. Mod tersebut digelar sebagai Tall Tales dan penceritaan pertama adalah Shores of Gold yang akan mempunyai 9 bab, dan mengambil masa 10 hingga 20 jam untuk dihabiskan.

Hunter’s Call

Mod Adventure juga akan disertakan syarikat perdagangan Hunter’s Call yang membolehkan pemain menukar daging dan juga ikan untuk mendapat emas dan juga barangan kosmetik. Bersamanya, pemain juga kini boleh memancing ikan dan memasak.

The Arena

Mod arena yang diumumkan pada tahun lepas, juga akan tiba bersama dengan kemaskini ulang tahun ini. Jika mod Adventure lebih memfokuskan pengembaraan, The Arena memfokuskan permainan yang pantas dan pertempuran dengan pemain-pemain lain. Setiap perlawanan di dalam The Arena, akan terdapat 5 pasukan yang mempunyai sehingga 4 pemain. Sepanjang 24 minit, setiap pasukan akan berlumba dan juga bertempur untuk mendapatkan harta karun terbanyak.

Selain daripada itu kapal juga akan disertakan dengan tempuling dan kapal juga akan menerima pelbagai kerosakan yang berbeza. Kesemua kemaskini ini akan tiba pada 30 April 2019.

Leave a Reply