Informasi Permainan Video Terkini
Acara The Witcher 3 Buat Monster Hunter World Untuk PC Bermula Mei Ini
PC

Acara The Witcher 3 Buat Monster Hunter World Untuk PC Bermula Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 10, 2019 oleh .

Acara kolaborasi di antara Monster Hunter World dan The Witcher 3: Wild Hunt sudah bermula Februari lepas untuk Playstation 4 dan Xbox One namun untuk PC ia masih tidak bermula.

Minggu ini, Capcom akhirnya mengumumkan acara tersebut untuk PC akan bermula 9 Mei ini. Seperti kita sedia maklum, acara tersebut dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama memerlukan pemain menyelesaikan “Contract: Trouble in the Ancient Forest”. Pemain perlu sekurang-kurangnya Hunter Rank 16.

Menyelesaikan kontrak tersebut, pemain akan mendapat set penuh perisai Geralt α untuk di kraf selain itu pemain juga dapat kraf pedang Witcher’s Silver Sword dan juga set perisai Nekker untuk Palico bersama dengan Cursed Staff α. Selain membolehkan pemain untuk bermain fasa kedua.

Fasa kedua memerlukan pemain menyelesaikan “Contract: Woodland Spirit” yang akan bermula pada 17 Mei 2019. Bagi kontrak ini, pemain perlu sekurang-kurangnya Hunter Rank 50. Menyelesaikan tugasan ini pemain akan mendapat set penuh perisai Ciri dan juga pedang jenis Dual Blades.


TIPS & ULASAN