Permainan Dead Or Alive 6 baru sahaja dilancarkan Mac lepas di mana ianya adalah permainan perlawanan yang memfokuskan sebilangan watak yang berbeza. Kami di Aksiz juga pernah mengulasnnya di mana anda boleh membacanya di sini.

Sebelum ini Koei Tecmo juga melancarkan edisi percuma buat permainan tersebut yang memberi pilihan untuk membeli watak pilihan mereka, iaitu
Dead Or Alive 6: Core Fighters.

Namun antara sebab kenapa membuat permainan ini kurang menarik adalah beberapa kandungan dan bentuk permainannya seakan masih lagi terhad. Antara aduan yang sering diperkatakan oleh pemain adalah permainan ini tidak mempunyai sebarang mod lobi untuk bermain secara atas-talian.

Terkini, Koei Tecmo akhirnya mengumumkan bahawa mod tersebut akan tiba secara kemaskini esok, iaitu 11 April. Menurut Koei Tecmo, kemaskini tesebut akan tiba secara percuma di semua platform dengan kemaskini 1.03b.

Dengan kemaskini mod lobi tersebut, pemain semestinya akan berupaya untuk bertempur dengan pemain lain secara atas-talian dengan lebih mudah dengan mengajak dan menyertai lobi pemain tanpa perlu bertempur dengan pemain lain secara rawak.

Dead Or Alive 6 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC bulan lepas.

Sohor Kini