Skip to main content

Tales from the Borderlands merupakan permainan berdasarkan siri Borderlands tetapi dibangunkan oleh Telltale Games dan menerima bentuk permainan yang berbeza dengan permainan Borderlands yang lain.

Di dalam permainan tersebut, watak utama adalah Rhys yang merupakan pekerja Hyperion Corporation. Watak tersebut disuarakan oleh pelakon suara terkenal iaitu Troy Baker. Di dalam video acah untuk Borderlands 3, watak tersebut membuat penampilan, tiada pengesahan jika beliau akan menjadi watak utama.

Semasa satu sesi soal jawab, seorang peminat membuat pertanyaan kepada Troy Baker jika beliau akan kembali menjadi pelakon suara untuk watak tersebut di dalam Borderlands 3. Troy Baker kemudiannya mengesahkan beliau tidak terlibat dengan permainan tersebut termasuk juga dengan watak tersebut.

Kecewa dengan perkara tersebut beliau juga mengatakan yang Gearbox sepatutnya tidak menukar pelakon suara untuk watak di dalam permainan tersebut kerana sebagai peminat ia adalah satu perkara yang penting. Dengan kata lain, beliau berminat untuk terus memegang watak tersebut tetapi mungkin tidak ditawarkan oleh Gearbox.

Borderlands 3 akan dikeluarkan pada 13 September 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

https://www.youtube.com/watch?v=d9Gu1PspA3Y


Leave a Reply