Nintendo hari ini berkongsi satu video iklan untuk permainan perlawanan Super Smash Bros. Ultimate, selain memperlihatkan pemain bermain permainan tersebut, yang lebih menarik perhatian adalah menu perminan tersebut yang diperlihatkan pada awal iklan.
Selain memperlihatkan skrin yang biasa, terdapat satu ikon baharu walaupun agak kabur tetapi boleh dibaca sebagai Stage Builder. Stage Builder merupakan fungsi yang membolehkan pemain mereka pentas perlawanan mereka sendiri.

Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baharu di dalam permainan Super Smash Bros. ia telah tiba pada Super Smash Bros. Brawl dan juga Super Smash Bros untuk Wii U sebelum ini, namun, ia masih satu penambahan yang sangat kami nantikan.
Buat masa ini tiada pengesahan daripada pihak Nintendo akan tetapi kami merasakan ia akan di umum semasa Nintendo Direct yang dijangkakan pada akhir bulan ini.