Niantic minggu ini mengumumkan yang permainan mudah alih Pokemon GO akan menerima dua fungsi baharu iaitu Lucky Friends dan Avatar Pose yang akan datang tidak lama lagi.

Melalui fungsi Lucky Friends, pemain yang melakukan pertukaran akan berpeluang mendapat status ‘Lucky Friends’ di mana, pertukaran seterusnya yang dilakukan oleh pemain tersebut akan mendapat Lucky Pokemon.

Lucky Pokemon adalah jenis Pokemon yang biasa tetapi latar belakang yang berlainan, mendapat kebolehan yang lebih baik serta dapat meningkatkan tahap dengan menggunakan stardust dan candy yang lebih sedikit.

Manakala fungsi Avatar Pose pula membolehkan pemain membeli gaya untuk avatar dengan harga 500 coins. Gaya yang dibeli adalah untuk avatar lelaki dan juga perempuan.

Sohor Kini