Malam tadi, kami telah laporkan Disney X Marvel terbit sedutan video 1 minit dari 1 adegan buat filem Avengers: End Game. Apa yang Marvel lakukan ini adalah, mereka bermain dengan perasaan para peminat dengan kerap mengacah video-video Avengers: End Game yang penuh rahsia.

Baru-baru ini, bagi yang tidak sabar dengan tarikh tayangan Avengers: End Game – anda boleh saksikan seawal 7 pagi di GSC. Ya, Avengers: End Game ditayangkan di GSC seawal 7 pagi. Ini adalah lebih awal dari apa yang TGV tawarkan iaitu 7:30 pagi. Ini bermakna, selesai sahaja solat subuh – anda boleh bersiap dan bergegas untuk saksikan Avengers: End Game pada awal pagi ini. Walau bagaimanapun, tiket yang dijual adalah sedikit mahal. Ia dijual pada harga RM35, bersama-sama dengan air panas, sosej dan juga keychain bertemakan filem Avengers: End Game.

GSC dan TGV dilihat berlawan-lawan antara satu sama lain bagi meraih perhatian orang ramai. Walaupun harga tiket TGV adalah lebih mahal, iaitu RM50 – mereka sertakan sekali dengan poster. Di mana pada saya adalah lebih menarik. Jika anda telah membeli tiket untuk tayangan seawal lepas subuh ini, anda dinasihatkan untuk tidak beberkan (spoil) jalan cerita filem ini kepada orang ramai.