Sukeban Games dan Ysbryd Games hari ini mengumumkan yang Va-11 Hall-A untuk Playstation 4 dan Switch akan tiba 2 Mei 2019 iaitu setahun selepas mereka mengumumkan versi tersebut.

Permainan novel visual bertemakan cyberpunk tersebut telah dikeluarkan untuk PC pada 2016 sebelum turut dikeluarkan untuk Vita setahun kemudian.

Selain itu, mereka juga mengumumkan kerjasama bersama Limited Run Games untuk mengeluarkan versi fizikal bagi kedua-dua versi tersebut manakala versi Switch akan turut menerima edisi koleksi. Pengumuman lanjut mengenai versi fizikal akan diumumkan kemudian.


Sohor Kini