Skip to main content

Hari demi hari menanti, ibarat mencari kekasih yang masih tidak ditemui. Kehangatan semakin membara-bara, sifat sabar semakin pudar, masih lama lagikah Avengers: End Game bakal ditayangkan? Lebih kurang dua minggu sahaja lagi, penantian akan berakhir.

Disney X Marvel dilihat kerap memainkan perasaan para peminat. Satu semi satu video acah diterbit, di mana setiap video acah mempunyai rahsia yang telah disahkan oleh Russo Brothers – tiada siapa lagi dapat merungkai rahsia sebenar. Baru-baru ini, mereka telah terbitkan satu video baru buat Avengers: End Game. Bukan video acah, tetapi video sebenar dari filem Avengers: End Game – 1 minit dari 1 adegan.

Dalam video ini, ia memperlihatkan Natasha Romanoff, Bruce Banner, James Rhodes, Steve Rogers, Thor Odinson dan Carol Danvers sedang merancang sesuatu untuk tumpaskan Thanos. Black Widow menyebut ‘He use the stones again..”, ini memberi petanda yang Infinity Stones pada Infinity Gauntlet tidak musnah dan Thanos masih aktif menggunakannya lagi.

Kemudian Hulk, risau kerana mereka kekurangan ahli. Captain Marvel pula dilihat berlagak dan sifatnya tidak digemari War Machine. Steve Rogers hanya setuju akan keputusan Black Widow dan video diteruskan dengan adegan Thor menyeru tukul beliau seperti dalam video acah sebelum ini.

Melalui video ini, Disney X Marvel sengaja bermain dengan perasaan peminat. Pasti hati peminat setia akan berdebar-debar dan mengharapkan tayangan Avengers: End Game pada 24 April ini hadir secepat mungkin.

Leave a Reply