Informasi Permainan Video Terkini
Apex Legends Mungkin Mengharamkan ID Perkakasan Untuk Penipu Di PC
PC

Apex Legends Mungkin Mengharamkan ID Perkakasan Untuk Penipu Di PC

Diterbitkan pada Apr 8, 2019 oleh .

Berdasarkan penulisan di ResetEra dan Reddit, pemain di PC yang mengaku melakukan penipuan di Apex Legends mengatakan yang beliau tidak dapat bermain permainan tersebut walaupun menggunakan IP serta akaun yang baharu.

Menurut seorang pemain, beliau di haramkan di satu akaun kerana menipu, selepas bermain tanpa melakukan sebarang penipuan menggunakan IP dan akaun berbeza, dia masih diharamkan selepas bermain selama 5 jam.

Perkara ini dikatakan berlaku kerana Apex Legends bukan sahaja mengharamkan akaun pemain tetapi juga hardware ID (ID perkakasan) pemain. ID perkakasan merupakan ID hasil gabungan ID daripada perkakasan yang digunakan oleh PC pemain tersebut.

Buat masa ini Respawn tidak memberi sebarang pengesahan mengenai perkara ini, selain mengatakan yang pihak mereka sedang menyiasat mengenai pengharaman tersebut. Pengharaman ID perkakasan adalah bukan sesuatu yang baharu, tetapi ia juga bukan perkara yang biasa digunakan kerana ia bukanlah sukar untuk pemain mengubah ID perkakasan mereka.


TIPS & ULASAN