Skip to main content

Agensi Persaingan dan Pasaran (CMA) di UK membuka kertas siasatan terhadap perkhidmatan langganan yang disediakan Microsoft, Sony dan juga Nintendo untuk menyiasat jika perkhidmatan tersebut melanggar undang-undang pengguna.

Menurut ketua CMA, fokus siasatan mereka adalah fungsi memperbaharui langganan secara automatik. Mereka ingin melihat jika syarikat-syarikat tersebut berlaku adil terhadap pelanggan dan sama ada mudah untuk pelanggan membatalkan langganan dan juga mendapatkan pembayaran balik.

Antara yang akan diperhatikan adalah, sama ada terma di dalam langganan memberi syarikat-syarikat tersebut hak yang luas untuk mengubah kualiti langganan (seperti mengubah jumlah permainan ataupun menaikkan harga). Mereka juga akan melihat jika proses pembaharuan secara automatik adalah adil untuk pengguna.

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan perkhidmatan seperti PS Plus, sepatutnya tiada masalah yang menjadikan perkhidmatan tersebut tidak adil, kerana agak mudah untuk membatalkan langganan dan peringatan juga sering dihantar untuk menggantikan pengguna mengenai langgan tersebut walaupun pelanggan menggunakan sistem pembaharuan langganan automatik.

Satu perkara yang saya berharap ada penambah-baikkan adalah jika pembaharuan langganan automatik juga akan mengambil tawaran semasa.

Leave a Reply