Skip to main content

Pada tahun lepas kami melaporkan yang Tencent bakal melancarkan kedai permainan digital PC mereka iaitu WeGame secara global tetapi tidak banyak perkembangan mengenai perkara tersebut sehinggalah sekarang di mana kedai tersebut kini boleh diakses secara global dan dikenali sebagai WeGame X.

Namun buat masa ini kedai tersebut masih di peringkat akses awal dan penawaran juga masih terhad. Semasa penulisan ini, hanya terdapat lebih kurang 15 permainan sahaja yang ditawarkan. Kemungkinan ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

Agak menarik untuk melihat perkembangan WeGame ini terutama kerana Tencent juga mempunyai pegangan yang besar di dalam Epic Games yang turut mempunyai kedai digital sendiri iaitu Epic Games Store. Kemungkinan besar, Tencent akan menggunakan platform WeGame X ini untuk menawarkan permainan daripada China ke pasaran global.

[info] Kedai Permainan Digital: WeGame X[/info]

Leave a Reply