Borderlands seperti kita sedia maklum merupakan shooter-loot, pemain menyelesaikan tugasan dan membunuh pelbagai penjahat bukan sahaja untuk menghabiskan permainan tetapi untuk mendapatkan pelbagai barangan terutama senjata yang lebih baik.

Antara perkara yang menjengkelkan di dalam Borderlands 2 adalah jika bermain secara koperasi, pemain juga perlu berebut habuan yang mungkin menyeronokkan jika bermain bersama rakan, tetapi jika bermain dengan pemain secara rawak ia mungkin agak menyusahkan.

Pengarah seni Gearbox Software Scott Kester mengatakan untuk Borderlands 3 setiap pemain yang bermain secara koperasi, habuan akan diasingkan. Setiap pemain akan menerima habuan tersendiri dan tidak perlu berebut dengan rakan koperasi.

Jika anda merasakan berebut habuan adalah sebahagian keseronokan bermain, anda boleh menukar tetapan untuk menggunakan mod klasik Borderlands 2 tersebut. Bagi saya, ini adalah satu penambahan yang baik, berebut habuan sangat menjengkelkan terutama jika tidak bermain bersama kenalan.

Borderlands 3 akan dikeluarkan pada 13 September 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini