Skip to main content

Dengan pelancaran World War Z yang semakin hampir minggu hadapan, Focus Home Interactive hari ini berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan bentuk permainannya dengan lebih lanjut. Melaluinya, mereka berkongsi sebilangan bentuk permainan bersama musuh-musuh yang bakal pemain tempuhi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, World War Z merupakan permainan zombi yang memfokuskan bentuk multi-pemain. Ianya juga adalah berdasarkan novel dan filem World War Z.

Melalui World War Z, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan yang mempunyai 4 episod. Setiap episod tersebut akan mempunyai 3 bahagian yang bertempatkan pemain di bandaraya New York, Jurusalem, Moscow dan juga Tokyo, Jepun. Melaluinya, pemain akan bermain sebagai sebilangan kelas watak dan senjata berbeza.

Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis musuh zombi yang bakal pemain tempuhi dan pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada pemain. Selain daripada kempen penceritaan, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan mod permainan multi-pemain lain seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini.

World War Z akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC (Melalui Epic Games Store) pada 17 April 2019 ini.

Leave a Reply