Pada era Playstation 2 lepas, Magna Carta: Tears Of Blood sememangnya adalah siri JRPG yang sangat terkenal dengan rekaan watak yang menarik oleh Hyung-Tae Kim, iaitu seorang pelukis terkenal dari Korea.
Kini, studio permainan baharu oleh beliau, Shift Up mengumumkan permainan baharu dengan nama Project Eve buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.
Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan namun apa yang pasti, permaina ini sedang dibangunkan melalui enjin permainan Unreal Engine 4 dengan bentuk permainan beraksi. Menariknya, karya Hyung-Tae Kim dapat dilihat dengan jelas berdasarkan video acah di atas.
Video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan adegan permainan kelihatan watak tersebut berada di dunia pasca-apoliptik bersama satu raksasa yang besar.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman oleh pembangun.