The Game Bakers minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini permainan Furi secara percuma yang mana ianya menyertakan sebilangan mod baharu dan beberapa pernaik-tarafan dari segi bentuk permainan.
Melalui kemaskini Freedom ini, The Game Bakers menyertakan beberapa mod baharu seperti mod kebal di mana pemain berupaya untuk bermain permainan ini dengan lebih senang. Mod ini juga membenarkan pemain untuk berlatih untuk bertempur dengan sebilangan musuh yang pemain inginkan.
Selain itu, kemaskini juga akan menyertakan ketua musuh baharu Bernard dan bentuk kawalan baharu dengan kemaskini paparan antaramuka permainan.
Kemaskini akan tiba secara percuma buat permianan Furi di semua platform permainan yang ia dilancarkan seperti Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga versi PC melalui GoG dan juga Steam. Namun versi Steam ianya telah pun dilancarkan bulan lepas.