Skip to main content

Januari lepas, 3dRudder mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat kawalan khas yang menggunakan pergerakan kaki buat Playstation VR. Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan iaitu ia bakal tiba pada 17 Jun 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, pemain akan berupaya untuk bergerak dan menoleh di dalam permainan dengan menggunakan kaki sahaja, sekaligus memudahkan pemain untuk bergerak di dalam permainan realiti-maya dengan menggunakan alat kawalan Playstation Move.

3dRudder sebelum ini telah pun melancarkan alat kawalan tersebut buat pengguna PC dan versi Playstation ini adalah produk yang dilesenkan secara rasmi buat Playstation VR.

Dari segi senaria permainan yang menyokong alat kawalan ini, berikut adalah senarai rasmi oleh Sony di mana terdapat 25 permainan yang menyokong setakat ini:

  • Immortal Legacy: The Jade Cypher
  • Undead Citadel
  • Sairento VR
  • Ultrawings VR
  • Bow to Blood
  • Pirate Flight
  • DWVR
  • The Wizards-Enhanced edition
  • Red Matter
  • Operation Warcade
  • Beat Blaster
  • Honor and Duty : D-Day
  • Honor and Duty : Arcade Edition
  • Nature Treks
  • Mind Labyrinth
  • Scraper VR
  • Affected : The Manor
  • Telefrag VR
  • TrainerVR
  • Proze
  • Darkness Roller Coaster
  • Vertigo-Home
  • Contagion VR
  • Shadow Legend
  • Blind

Bagi anda yang berminat, anda boleh menempahnya di laman rasmi 3dRudder dimana ianya dijual dengan harga $119(~RM487). Namun bagi pasaran Malaysia, 3dRudder tidak mengumumkan sebarang informasi berkenaan pasaran global. Namun memandangkan ianya adalah produk rasmi yang dilesenkan oleh Playstation, kami percaya ianya mungkin akan dijual melalui pengedar rasmi Playstation menjelang Jun ini.

Leave a Reply