Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Nyah-Kunci Kandungan Tambahan Resident Evil 2 Melalui DLC Berbayar
PC

Anda Kini Boleh Nyah-Kunci Kandungan Tambahan Resident Evil 2 Melalui DLC Berbayar

Diterbitkan pada Apr 7, 2019 oleh .

Semestinya untuk mendapatkan sesuatu kandungan tambahan di dalam permainan Resident Evil 2 memerlukan pemain untuk bermain dengan hasil permainan yang bagus seperti mendapat peringkat S di dalam mod penceritaan ataupun melengkapkan mod yang agak sukar, iaitu mod The 4th Survivor untuk mendapatkan mod The Tofu Survivor.

Terkini, untuk memudahkan pemain mendapatkan mod-mod tersebut dan juga pada masa yang sama menyah-kunci sebilangan kandungan lain, Capcom melancarkan DLC “All In-Rewards Unlock” yang mana pemain boleh dan dapatkan semua mod tersebut.

DLC ini dijual dengan harga RM21 untuk Playstation 4, manakala versi Steam berharga RM13. Melaluinya, pemain berupaya untuk menyah-kunci kesemua ganjaran kandungan tambahan permainan tersebut seperti:

  • Mod The 4th Survivor
  • Mod The Tofu Survivor
  • Kostum tambahan
  • Senjata bonus
  • Model 3D watak
  • Karya konsep

Sememangnya DLC ini disertakan buat mereka yang ingin mencari jalan pintas untuk menyah-kunci kesemua kandungan tersebut. Namun, bagi anda yang tidak ingin membelinya, kesemua mod-mod dan kandungan di atas boleh didapatkan dengan hanya bermain permainan ini dan melengkapkan sebilangan misi dan cabaran yang tersedia.

Bagi anda yang berminat untuk membeli DLC ini, anda boleh ke pautan dibawah. Namun, DLC ini tidak akan menyertakan kandungan-kandungan permainan buat edisi Deluxe.

PSN Store: Resident Evil 2 All In-Rewards Unlock

Steam: Resident Evil 2 All In-Rewards Unlock

Resident Evil 2 telah dilancarkan pada 25 Januari 2019 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami juga telah pun mengulas permainan ini dimana anda boleh membacanya dibawah.


TIPS & ULASAN