Square Enix sebelum ini mengumumkan yang permainan sampingan Octopath Traveler akan dikeluarkan sebagai permainan mudah alih untuk iOS dan Android.

Hari ini, berdasarkan laporan oleh Gematsu, permainan Octopath Travler yang dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch tersenarai di Korean Game Rating Board menariknya untuk versi PC. Semasa pemeriksaan kami senarai tersebut sudah dipadamkan.

Walaupun begitu berdasarkan permainan-permainan lain yang tersenarai Korean Game Rating Board sebelum ini akan dikeluarkan tidak lama kemudian. Kami boleh katakan yang Square Enix bakal mengumumkan Octopath Traveler versi PC tidak lama lagi.

Octopath Traveler merupakan antara permainan terbaik pada tahun 2018, kami sertakan ulasan penuh di bawah.

Bacaan Lanjut: Ulasan Octopath Traveler – Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar

Sohor Kini