Hitman 2 merupakan permainan terbaru untuk siri popular simulasi pembunuh upahan, antara keunikan permainan ini adalah ia sentiasa menerima penambahan kandungan baharu secara percuma setiap bulan yang membuatkan pemain terus bermain walaupun sudah menyelesaikan permainan utama.

Hari ini, IO Interactive berkongsi perancangan kandungan untuk permainan tersebut yang akan tiba sepanjang bulan ini. Antara yang diumumkan adalah penambahan peta baharu iaitu Santa Fortuna untuk mod Ghost selain menyertakan peralatan baharu dan emote untuk mod tersebut.

Mod Challenge Pack untuk bulan ini adalah Mumbai Master yang akan memberikan Magnesium Poach ia akan bermula pada 4 April. Bagi mod Elusive Target, pemain akan memburu The Prince yang merupakan seorang paderi dan ia akan hadir pada 12 April. Feature Contract iaitu Ghost Buster akan bermula pada 17 April dan akhir sekali Escalation iaitu The Nolan Disinfection akan bermula pada 25 April.

Hitman 2 sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

Sohor Kini