Poco Game Development Academy (POCOGDA) adalah pasukan pembangun permua khas yang ditubuhkan oleh Pocophone. Hasrat Pocophone adalah untuk mencari bakat dari pembangun-pembangun yang berada di luar sana membangunkan permua-permua indie.

Baru-baru ini, Pocophone India telah mengumumkan permua kedua mereka – Retro Revolution. Permua ini dikatakan bakal hadir ke Google Play Store dan Mi App Store tidak lama lagi. Tambahan lagi, mereka turut menyatakan yang permua ini akan membawa pemain ke saat-saat nostalgia.

Permua pertama dari POCOGDA adalah Fantasy Glider yang dilancarkan pada bulan Februari lalu. Ia adalah permua yang boleh dimainkan dengan satu jari dan ia juga mudah dimainkan. Retro Revolution ini setakat ini hanya judul dan konsep permainan klasik sahaja diumumkan. Tiada lagi butiran lain, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini