Skip to main content

Square Enix sebelum ini berkongsi tarikh pengeluaran untuk kesemua episod bagi permainan Life is Strange 2. Hari ini, mereka berkongsi satu video acah untuk episod ke-3 yang bakal tiba pada 9 Mei 2019.

Video ringkas tersebut memperlihatkan lukisan dua watak utama iaitu Sean dan Daniel bersama dengan 2 watak baharu yang pemain akan temui pada pengakhiran untuk episod 2. Mereka diperlihatkan sedang berada di kawasan hutan mengelilingi unggun api.

Episod ke-3 sudah semestinya akan memfokuskan pengembaraan Sean dan Daniel bersama dua watak baharu tersebut dan kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui sambungan kepada penceritaan mereka.

Life is Strange 2 sudah dikeluarkan bermula pada 27 September tahun lepas untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Life is Strange 2 – Episod 1: Roads[/info]

Leave a Reply