Ubisoft hari ini mengumumkan yang penambahan percuma untuk The Division 2 bakal tiba esok iaitu Tidal Basin. Tidal Basin merupakan sebahagian daripada Invasion: Battle for D.C. iaitu penambahan percuma yang akan disertakan untuk permainan tersebut. Ia juga akan menyertakan Operation Dark Hours iaitu mod raid pertama untuk The Division 2.
Melalui Invasion: Battle for D.C. pemain akan mendapat pelbagai penambahan kandungan antaranya adalah;
- Tidal Basin iaitu stronghold baharu yang perlu diserang oleh pemain. Stronghold tersebut di kawal oleh puak Black Tusk.
- Pemain yang menyelesaikan Tidal Basin boleh beralih ke World Tier 5 dan berpeluang untuk mendapatkan peralatan yang mempunyai kekuatan daripada 450 ke 500.
- Ia juga akan menyertakan kesukaran baharu iaitu Heroic yang akan memberikan lebih cabaran kepada pemain.
- Pemain yang sudah di peringkat World Tier 5 akan mendapat cabaran mingguan di mana puak Black Tusk akan mengambil alih misi utama dan juga beberapa strongholds. Cabaran ini adalah lebih sukar tetapi akan memberikan barangan yang lebih baik.
- Dua senjata eksotik juga akan disertakan iaitu Pestilence dan Nemesi bersama dengan tiga set peralatan baharu iaitu True Patriot, Hardwired dan Ongoing Directive.
- Peta baharu untuk PVP juga disertakan iaitu Fort McNair
- Raid pertama untuk permainan ini iaitu Operation Dark Hours akan hadir pada 25 April 2019. Ia merupakan raid untuk 8 pemain.
- Akan datang, pemain juga akan berpeluang utnuk mendapat Specialisation yang baharu.
Tom Clancy’s The Division 2 sudah dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.