Skip to main content

Pada Mac lalu, satu kejohanan e-sukan PUBG Mobile Club Open (PMCO) telah diadakan diumumkan. PMCO adalah kejohanan PUBG Mobile terbuka yang berlangsung di seluruh dunia dan sesiapa sahaja boleh sertai. Di Malaysia, kejohanan ini telah ditaja oleh Vivo dan semalam pusingan akhir kelayakan PMCO SEA Malaysia telah diadakan.

Terdapat 16 pasukan telah bertanding semalam, di mana 12 pasukan merupakan pasukan terbaik daripada Crew Challenge di bahagian TPP Mode di dalam PUBG Mobile dan 4 pasukan lagi adalah pasukan terbaik dari kejohanan PMNC 2018. Pertandingan ini mencari lima wakil untuk maju ke pusingan separuh akhir PMCO SEA.

Lima wakil tersebut adalah; (1st) GENEXSUS, (2nd) VIP SQUAD, (3rd) YOODO GANK, (4th) AROV Esports dan (5th) JUNIOR TALENT. Kelima-lima wakil ini akan merebut peluang untuk memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM8 Juta. Kejohanan ini adalah untuk musim Spring Split, di mana mereka akan bertanding pada 10 Mei kelak.

Leave a Reply