Skip to main content

Labo VR Kit merupakan set seterusnya untuk Nintendo Labo, ia merupakan set Labo yang boleh dijadikan sebagai set gogal realiti-maya. Sebelum ini diumumkan yang set tersebut akan disertakan dengan pelbagai permainan yang akan menggunakan kebolehan gogal realiti-maya tersebut.

Hari ini, Nintendo membuat kejutan apabila mengumumkan yang permainan Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild bakal boleh dimainkan secara realiti-maya menggunakan Labo VR. Untuk Super Mario Odyssey ia akan menyokong mod tertentu sahaja, manakala untuk Zelda permainan tersebut sepenuhnya boleh dimainkan secara realiti maya.

Menurut Nintendo, mereka akan melancarkan set Nintendo Labo VR Kit pada 12 April 2019 ini dengan dua set pilihan untuk pemain. Set pertama akan menyertakan kelima-lima set Toy-Con dan ianya akan dijual dengan harga $79.99(~RM325). Manakala set kedua hanya akan menyertakan Toy-Con Blaster bersama gogal realiti-maya Nintendo Labo VR Kit tersebut dengan harga $39.99(~RM163).

Manakala kemaskini untuk dua permainan tersebut bagi menyokong Labo VR akan dikeluarkan pada 25 April 2019 secara percuma untuk kesemua pemilik permainan tersebut.

Leave a Reply