Tawaran permainan percuma Oxenfree di Epic Games Store kini sudah tamat, namun, seperti yang diumumkan sebelum ini permainan baharu akan menggantikan permainan tersebut iaitu The Witness.
The Witness merupakan permainan tekaria yang dibangunkan oleh Thekla Inc. dan dikeluarkan pada tahun 2016. Melalui permainan ini, pemain akan mengembara di satu pulau dan perlu menyelesaikan pelbagai tekaria untuk mengetahu mengenai misteri pulau tersebut.
Epic Games Store menawarkan permainan ini secara percuma bermula sekarang sehingga 18 April 2019, dan kemudiannya ia akan digantikan oleh Transistor iaitu permainan seterusnya yang akan ditawarkan percuma bermula 18 April kelak.
[download]Epic Games Store: The Witness[/download]