Informasi Permainan Video Terkini
Remedy Membangunkan Alan Wake 2 Pada 2 Tahun Lepas Tetapi Dibatalkan

Remedy Membangunkan Alan Wake 2 Pada 2 Tahun Lepas Tetapi Dibatalkan

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Remedy Enterainment bakal hadir dengan permainan baharu iaitu Control yang akan dikeluarkan Ogos ini. Pengikut permainan Alan Wake masih tertanya jika mereka akan mengeluarkan sekuel untuk permainan seram yang dikeluarkan pada 9 tahun lepas.

Berdasarkan temubual antara VG 24/7 bersama dengan pengarah komunikasi untuk Remedy Thomas Puha, beliau mengatakan yang projek untuk Alan Wake 2 sudah bermula pada 2 tahun lepas tetapi ia tidak berjaya dan dibatalkan.

Beliau juga mengatakan buat masa ini studio tersebut mempunyai pelbagai projek untuk 2-3 tahun lagi jadi buat masa ini Alan Wake 2 masih tiada dalam perancangan, namun, beliau mengesahkan yang IP Alan Wake masih hak milik Remedy Entertainment.

Bagi yang ternanti-nanti permainan Alan Wake ini mungkin mengecewakan, akan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat bermain permainan baharu mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN