Informasi Permainan Video Terkini
Kutipan Captain Marvel Mecapai Lebih RM4 Bilion Secara Global Dan RM39 Juta Di Malaysia

Kutipan Captain Marvel Mecapai Lebih RM4 Bilion Secara Global Dan RM39 Juta Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Captain Marvel adalah filem ke-21 MCU dan ia berada dalam fasa ketiga. Filem ini merupakan satu filem asal-usul, di mana ia memperkenalkan watak Carol Danvers/Captain Marvel. Apa yang menarik adalah, ia turut menampilkan Nick Fury dan Phil Coulson versi muda dan memperlihatkan SHIELD.

Filem ini telah mendapat kutipan sebanyak $1,002,651,774 iaitu melebihi RM4 Bilion untuk pasaran global. Manakala untuk pasaran tempatan pula, filem ini berjaya mengutip $9,706,596 iaitu melebih RM39 Juta. Dengan kutipan sebanyak ini, Captain Marvel secara tidak langusng berada di tangga ketujuh. Enam teratas Marvel MCU dengan kutipan tertinggi adalah; 6) Captain America: Civil War, 5) Iron Man 3, 4) Black Panther, 3) Avengers: Age of Ultron, 2) Avengers dan 1) Avengers: Infinity War.

Kelak, adakah anda rasa filem Avengers: End Game dapat menindas kutipan Avenger: Infinity War? Apakah kejutan dari Marvel untuk para peminat dan dengan kehangatan yang semakin membara ini – harapnya Disney dan Marvel tidak akan mengecewakan para peminat.


TIPS & ULASAN