Informasi Permainan Video Terkini
Power Rangers: Battle For The Grid Menerima 3 Watak Baharu Secara Percuma

Power Rangers: Battle For The Grid Menerima 3 Watak Baharu Secara Percuma

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

Power Rangers: Battle for the Grid sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan Switch akhir bulan lepas dan Playstation 4 menerimanya pada awal bulan ini. Tidak lama kemudian, nWay mengumumkan yang permainan tersebut bakal menerima 3 watak baharu secara percuma.

Tiga watak tersebut adalah Dragon Armor Trini, Udonna dan Cenozoic Blue Ranger. Penambahan watak-watak secara percuma ini tidak bermakna yang permainan tersebut tidak akan disertakan dengan DLC watak sebaliknya watak-watak DLC akan diumumkan kemudian.

Buat masa ini permainan ini masih tidak dijual secara rasmi di Asia termasuk juga Malaysia. Namun ia boleh didapati di kedai-kedai dalam talian untuk benua yang lain.


TIPS & ULASAN